Saturday 18 January 2014

Apa itu Far Infrared


                             


Infrared






Infrared sebenarnya adalah cahaya yang tidak dapat kita lihat tetapi ianya wujud didalam spektrum warna.
Spektrum infrared berada dibawah cahaya merah. Cahaya merah tidak boleh menembusi pepejal, begitu juga cahaya infrared yang digunakan oleh alat kawalan jauh tidak boleh menembusi dinding spektrum infrared.
Berbalik semula kepada soalan asal adakah infrared tali pinggang sama dengan infrared kawalan jauh?
Jawapannya ia, ianya dipanggil infra red tetapi berada didalam spektrum berlainan. Spektrum infrared dibahagikan kepada Near-Infrared, Middle dan Far Infrared.
N-IR - 0.75 - 1.5 mikron
M-IR - 1.5 to 4 mikron
F-IR - 4 to 1,000 mikron


Jarak gelombang infrared bermula dari 0.75 mikron hingga ke 1,000 mikron
infrared yang digunakan pada alat kawalan jauh, jatuh didalam katogery Near Infrared. Gelombang infra red yang digunakan di dalam tali pinggang infrared adalah didalam katogeri Far Infrared.

Spektrum Far-Infrared mempunyai jarak gelombang diantara 4 Mikron hingga 1,000 Mikron.
Tidak semua gelombang Far Infrared baik untuk kesihatan. Gelombang yang baik untuk kesihatan
adalah diantara 6-14 Mikron.

Infrared/Kesihatan
Bagaimana pula infrared boleh dikaitkan dengan tali pinggang boleh merampingkan badan?
Infrared di dalam katogeri Far Infrared mempunyai kelebihan di mana ianya boleh menembusi kulit dan menghancurkan lemak yang berlebihan. Bukan itu sahaja gelombang infrared di dalam katogeri Far Infrared memberi kesan kepada tubuh. Ia dapat mengurangkan sengal otot dengan melancarkan perjalanan darah.


Far Infrared
Bagaimana Far Infrared boleh melancarkan pejalanan darah dan menghilangkan lemak?
Sinaran infrared secara semulajadi dapat memberikan rasa panas pada badan. Kesan panas berlaku disebabkan apabila molekul di dalam badan menerima tenaga yang dipindahkan dari sinaran infrared, ianya akan bergetar, geseran molekul sesama sendiri ini akan menyebabkan haba dibebaskan seperti jika gosok kedua-dua belah tapak tangan, ianya akan merasa panas. Sinaran infra red itu sendiri tidaklah panas yang menyebabkan ianya panas adalah haba yang dibebaskan
apabila dua molekul di dalam badan bergeser.

Kesan kesihatan
Kesan infrared boleh juga diterima dari cahaya matahari
. Kesan ini boleh mempercepatkan proses pembakaran lemak, gula dan pelupusan toksin di dalam satu ujikaji yang dijalankan ke atas haiwan/
2 ekor haiwan yang sama berat diletakan didalam keadaan yang berlainan dan diberi makanan yang sama
satu pada cahaya matahari yang terang dan satu lagi tiada cahaya matahari.
Haiwan yang menerima sinaran cahaya matahari mempunyai berat yang kurang jika kita berjemur dibawah cahaya matahari. Kita akan juga menerima banyak pancaran lain tetapi dengan sains kita boleh pilih pancaran mana yang kita perlukan sahaja
aliran darah.



Sinaran Far Infrared dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan. Gambar diatas dapat menunjukkan di mana selepas sinaran infrared disinarkan diatas badan, darah mengalir lebih lancar. Apabila darah mengalir kurang lancar atau tersekat ini menimbulkan banyak penyakit dan sengal-sengal badan.
Kesan cahaya matahari banyak memberi kesan yang baik kepada tubuh badan. Apabila cahaya masuk ke dalam mata, berjuta-juta sel dalam mata menukarkan cahaya kepada denyutan tenaga letrik, ianya kemudiannya bergerak melalui saraf ke bahagian otak. Denyutan ini akan memberi kesan kepada pundi hypothalamus dan endocrine. Endocrine mengawal sistem badan kita seperti pernafasan, penghadaman, tekanan darah dan juga tahap suhu badan. Ia juga memberi kesan kepada sistem pelalian badan terhadap penyakit, seks dan proses penuaan. Jika kita berkerja ditempat yang tidak mendapat sinaran cahaya matahari ianya boleh menyebabkan ganguan kesihatan, ianya dipanggil "syndrom kekurangan sinaran".
Apabila ini terjadi badan kita tidak dapat memproses zat-zat tertentu walaupun kita mengamalkan
pemakanan yang sempurna. Beruntunglah kepada mereka yang bekerja berhampiran dengan tingkap.
Kesan yang sama juga terjadi apabila kita makan diluar seperti berkelah dan sebagainaya. Kita berasa lebih berselera walaupun apa yang d imakan hanyalah nasi dan ikan kering. Kesimpulannya kita perlulah memahami sains. Dengan itu kita bukan sahaja dapat berkerja dengan lebih sempurna.
Kita akan dapat menjaga tubuhbadan dan kesihatan dengan lebih baik dan dapat menikmati kehidupan dengan lebih sempurna dan bermakna. 



No comments: